Thursday, 3 November 2011
AsaM gaRam uJi bAkat PK 3
Posted by suhan movies at 11:46 0 comments
Labels: pilih kasih
Monday, 31 October 2011
Skrip Ujibakat Pilih Kasih 3 (Dr. Abu Hassan)
Posted by suhan movies at 12:32 0 comments
Thursday, 27 October 2011
Musical Clips
Posted by suhan movies at 12:44 0 comments
Labels: pilih kasih
Friday, 14 October 2011
Prepare.Prepare.Prepare! We're Back =)
Posted by suhan movies at 12:50 0 comments
Tuesday, 11 October 2011
Sekitar PC PK3 & Syarat Kelayakan Menyertai Ujibakat
Hai guys! Pilih Kasih sudah kembali...!!Sekarang dah musim ke-3 tau...Semalam dah selesai majlis Press Conference PK3 yang berlangsung di Holiday Villa Subang. Kat sini nak share la sikit beberapa gambar semasa majlis yang berlangsung semalam. Ramai tau artis-artis PK musim 1 dan 2 yang turut datang, geng2 blogger, wartawan, penaja utama TM dan penerbit bersama RTM.
Kini tak sendiri lagi...!Dah ade 2 peneman =)
Bagi yang berminat untuk menyertai ujibakat PK3, ni adalah syarat-syaratnya:
1) Berumur 18tahun ke atas
2) Warganeragara Malaysia
3) Berbakat dalam bidang lakonan
Pada sesiapa yang berminat, bolehlah menghadirkan diri pada sesi ujibakat PK3 seperti yang telah dijadualkan di setiap lokasi berhampiran anda. Andakah pelakon yang kami cari???
Posted by suhan movies at 12:22 2 comments
Labels: pilih kasih
Friday, 7 October 2011
Tarikh & Lokasi Ujibakat Pilih Kasih 3
Kepada sesiapa yang berbakat dan ingin mencuba, bolehlah rujuk tarikh dan lokasi untuk ujibakat musim terbaru ye..don't miss it!
Lokasi: Summit Mall, Batu Pahat Johor
Lokasi: AEON Bukit Tinggi, Klang
Lokasi: SP Central Square, Sungai Petani, Kedah
Lokasi: Terminal 1, Seremban, Negeri Sembilan
Lokasi: Central Point Palm Square, Kota Kinabalu, Sabah
Lokasi: The Spring, Kuching, Sarawak
UJIBAKAT 7
Tarikh: 10 & 11 Disember 2011
Lokasi: KL Sentral, Kuala Lumpur
Datanglah beramai-ramai! =)
Posted by suhan movies at 12:03 4 comments
Labels: pilih kasih
Skrip Ujibakat Pilih Kasih 3 (Fauziah Nawi)
Posted by suhan movies at 10:22 0 comments
Thursday, 6 October 2011
Skrip Ujibakat Pilih Kasih 3 (Hamzah Tahir)
Berapa kali aku cakap, memang susah buat keputusan, ditelan mati mak, diluah mati bapak. Aku dalam dilemma sekarang ni, tolonglah aku.. kuatkan keyakinan ini. Aku tak akan berpatah balik. Akan ku genggam bara ini hingga menjadi abu. Biar lautan api mesti aku renang, Tak akan aku berganjak lagi untuk memenuhi impianku. Aku dah bertekad biar putih tulang jangan putih mata..
Aku tak hairan apa orang lain nak cakap, mereka tak suka cara aku, terserah. Apa yang aku buat ni, adalah untuk masa depan aku, akan aku buktikan yang aku sememangnya patut berada di sini. Jangan kau pandang aku sekecil itu, Sehalus zarah pun aku tidak gentar..selagi aku terdaya aku akan terus melangkah, ini bukan rintihan..ini adalah pengorbanan...
Aku sebenarnya tak lah jatuh cinta pada dia. Buat masa ini aku nak dia jadi orang yang paling rapat dengan aku. Apa yang aku tertarik pada dia, cara dia bercakap, kata kata yang keluar dari mulut dia, segala gala yang dia lakukan, sangat mengembirakan aku..cinta ke tu? Tidak...itu bukan cinta, cinta perlu ada hati, cinta perlu ada rasa..Lama aku tak jumpa.. Susah betul nak jumpa cinta..perlukah aku percaya pada cinta semula...
Aku tak 'blame' siapa siapa pun. Dia datang aku tak jemput, dia berambus pun bukan aku yang halau.. Tapi kalau dia buat rumah ni macam rumah tumpangan, ikut suka dia siapa dia nak bawa masuk, bersepah sana sini...aku dah tak tahan lah..mujur dia faham sendiri, semalam dia dah keluar dari rumah ku tu....lega betul.
Lepas ni kalau ada sapa sapa nak duduk dengan aku, aku kena siasat betul betul...
Skrip 6:
Aku nampak macamana mak dan abah terhumban di tolak oleh perompak tu, masa tu aku kecil lagi, abah sempat suruh aku duduk dalam raga kain baju, abah kata, "duduk sini diam diam, jangan menjerit, mak dan abah tak apa apa, tunggu sampai abah datang.." selain dari merompak seluruh harta kami, mereka bunuh mak dan abah...Aku rindu pada mak dan abah..aku rindu.. Aku tak sempat nak merasa kasih sayang sepenuhnya dari mereka berdua...
Posted by suhan movies at 16:23 0 comments
Labels: pilih kasih
PC Untuk Pilih Kasih 3
Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd. akan mengadakan Press Conference untuk program realiti tv Pilih Kasih 3 yang mencari pelapis-pelapis baru dalam industri seni tanah air kita.
Tarikh: 10 Oktober 2011
Tempat: Ballroom, Holiday Villa Subang
Masa: 3-5ptg
Kami akan memperkenal dua muka baru dalam program Pilih Kasih 3 pada PC nanti. Kalau nak tau, sama-sama kita nantikan. Yang pasti, PK3 kali ini akan lebih banyak drama dan cabaran.
Posted by suhan movies at 16:17 0 comments
Labels: pilih kasih
Wednesday, 5 October 2011
Sokonglah Drama Melayu Tempatan
Walaupun banyak drama dan juga filem dari luar negara yang membanjiri negara kita hari ini, namun sokongan dari para penonton tempatan terhadap drama dan juga filem buatan Malaysia amatlah diperlukan. Industri seni tanah air kita kini lebih maju jika dibanding dengan masa dahulu. Pelbagai pembaharuan telah dilakukan bagi menaikkan lagi taraf dan mutu hasil kerja seni terutamanya bidang seni lakonan. Oleh itu, para penonton seharusnya lebih matang dalam menilai dan memberi kritikan terhadap hasil kerja seni tempatan. Kalau kita yang tak sokong hasil karya seni tempatan,siapa lagi...?
p/s: Jangan lupa saksikan drama dari Suhan Movies, Cinta Elysa (Tv3,setiap Selasa jam 9mlm) dan Antara Maghrib dan Isya' (Tv3, setiap Selasa & Rabu jam 11pagi)
Posted by suhan movies at 10:27 0 comments
Monday, 25 July 2011
Pilih Kasih
Posted by suhan movies at 15:14 0 comments
Labels: pilih kasih
Feedback dari anda!
Kini anda bukan sahaja boleh melakukannya di sini, di facebook dan di Twitter, malah anda boleh menghantar email kepada movies.suhan@gmail.com jika anda mempunyai sebarang infomasi, idea dan soalan mengenai Suhan Movies & Trading.
Posted by suhan movies at 13:23 0 comments
Labels: news
Libas
Posted by suhan movies at 12:52 0 comments
Labels: filem
Kenali Rosyam Nor
Sebut sahaja nama Rosyam Nor, pasti perkara pertama yang terpacul difikiran ialah pelakon hero malaya yang berbakat dan terkenal. Namun, adakah anda betul betul mengenali beliau?
Mari kenali Rosyam Nor dengan lebih mendalam.
Mohd. Noor bin Shamsuddin atau lebih dikenali dengan nama Rosyam Nor dilahirkan di Kampung Kerinchi, Kuala Lumpur pada tahun 1967. Beliau telah mendirikan rumahtangganya dengan Runika dan dikurniakan 5 orang anak. Selain kariernya sebagai seorang pelakon yang terkenal, beliau juga ialah pengacara serta model bagi beberapa produk seperti Julie's dan Nona Roguy. Beliau merupakan anak saudara kepada Seniman Hussein Abu Hassan dan juga sepupu kepada aktor Faizal Hussein.
Filmography
- Gila Gila Remaja (1986)
- Sayang (1987)
- Perawan malam (1988)
- Tak Kisahlah Beb (1989)
- Boss (1990)
- Kanta Serigala (1991)
- Jimi Asmara (1995)
- Suami, Isteri dan ... (1996)
- Maria Mariana 2 (1998)
- Lenjan (1998)
- Nafas Cinta (1999)
- Bara (1999)
- Gerak Khas The Movie 2 (2001)
- Spinning Gasing (2001)
- KL Menjerit (2002)
- Laila Isabella (2003)
- Janji Diana (2003)
- MX3 (2003)
- Bisikan Remaja (2004)
- Pontianak Harum Sundal Malam (2004)
- Berlari Ke Langit (2004)
- Gangster (2005)
- Senario XX (2005)
- KL Menjerit 1 (2005)
- Pontianak Harum Sundal Malam 2 (2005)
- Castello (2006)
- Bilut (2006)
- Syaitan (2007)
- Anak Halal (2007)
- Kala Malam Bulan Mengambang (2008)
- Apa Kata Hati (2008)
- Estet (2010)
- Libas (2011)
- Pondok Buruk
- Tumirah
- Rumah Di Tepi Sawah
- Rindu Semakin Jauh
- Masih Ada Cinta
- Sekeras Kerikil
- Sesuci Cinta Sofiya
- Korban
- Popular Ke?
- Trilogi Cinta
- Pelakon Filem Lelaki Popular (Anugerah Skrin & Bintang Popular 1997/1998)
- Pelakon Pembantu Terbaik (Anugerah Skrin TV3 98/99)
- Pelakon Lelaki Popular (Anugerah Bintang Popular Berita Harian 1999)
- Pelakon Drama TV Sensasi (Anugerah PPMH 2000)
- Pelakon Lelaki TV Terbaik (Anugerah Sri Angkasa 2000).
- Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Festival Filem Asia-Pasifik 1999)
- Pelakon Drama TV Lelaki Popular (Anugerah Bintang Popular 2002)
- Pelakon Filem Lelaki Popular (Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2002)
- Bintang Paling Popular (Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2002).
- Pelakon Filem Lelaki Terbaik (Anugerah Skrin Ke-6 TV3 2003)
- Pelakon Filem Lelaki Popular (Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2003).
- Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Anugerah Skrin 2004)
- Karektor Jahat Lelaki (Anugerah Oskar (PPFM)
- Pelakon Filem Lelaki Terbaik (Festival Filem Asia Pasifik ke-51 2006)-Bilut
- Pelakon TV Lelaki Popular (Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2005)
- Pelakon TV Lelaki Popular (Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2006)
- Pelakon TV Lelaki Popular (Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2007)
- Pelakon TV Lelaki Popular (Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008)
- Pelakon TV Lelaki Popular (Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009)
Posted by suhan movies at 12:46 0 comments