BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS
Showing posts with label news. Show all posts
Showing posts with label news. Show all posts

Monday, 25 July 2011

Feedback dari anda!

Ingin menyumbang sebarang idea, pendapat, informasi (seperti gambar, artikel atau apa sahaja) atau soalan?

Kini anda bukan sahaja boleh melakukannya di sini, di facebook dan di Twitter, malah anda boleh menghantar email kepada movies.suhan@gmail.com jika anda mempunyai sebarang infomasi, idea dan soalan mengenai Suhan Movies & Trading.

News

Pelamin di Pusara Sarat Emosi

dipetik dari berita harian,19July2011

"CINTA terhalang akibat perbezaan darjat kerap diangkat menunjangi sesuatu penerbitan, namun menerusi Pelamin Di Pusara, garapan kisah tragik itu diolah penuh dramatik hasil sentuhan Murali Abdullah.


Telefilem yang bakal mengisi slot khas Tribute To P Ramlee di TV2 bersama sembilan telefilem lain bakal menemui khalayak bermula September ini di bawah terbitan Suhan Movies Production Sdn Bhd.

Sinonim bersama kisah menyentuh perasaan, Pengarah Drama Terbaik Anugerah Skrin 2010 itu mengakui penerbitan yang bagus memerlukan kombinasi mantap bermula daripada skrip, malah dia bertuah berpeluang berganding bahu dengan Mazlan Manan selaku penulis."

baca berita penuh di berita harian 

News

Penglibatan Raja Farah di dalam telefilem 
Tribute to P.Ramlee - Pelamin di Pusara

Dipetik dari Berita Harian,22July2011

"Agak lama menyepi sejak mendirikan rumah tangga lapan bulan lalu, pelakon dan model berusia 23 tahun itu kembali aktif dengan menerima tawaran Suhan Movies Production membintangi telefilem penghargaan untuk Allahyarham Tan Sri P Ramlee, Pelamin Di Pusara."


"Terima kasih kepada Murali dan Suhan Movies yang menaruh kepercayaan terhadap kemampuan saya. Bukan cerewet tetapi sebaik membaca skripnya, saya terus bersetuju untuk digandingkan dengan Shahz Jazsle untuk telefilem ini. 

“Sebaik bergelar isteri, saya mengurangkan aktiviti lakonan. Saya juga agak memilih watak dan masa disebabkan komitmen terhadap rumah tangga. Cuma disebabkan watak Maisarah kuat, begitu juga keseluruhan skrip Pelamin Di Pusara, saya menerima tawaran ini,” 

Friday, 22 July 2011

news

jangan lupa, lawati link link di bawah:




news



Nampaknya gandingan antara Fasha Sandha dan Shah Jaszle d dalam drama bersiri CInta Elisa tidak menjadi. Siapakah hero terbaru yang akan digandingkan dengan Fasha Sandha?

Nantikan update terbaru dari kami!

Thursday, 21 July 2011

News


Berita Harian