BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Monday 25 July 2011

Pilih Kasih







Nantikan drama muzikal Pilih Kasih yang akan memulakan penggambaran 27 July ini. Saksikan bakat, keyakinan dan kelainan yang akan ditampilkan oleh artis artis Pilih Kasih. Nantikan juga konflik yang akan mereka hadapi dan ketahui siapa yang akan memegang watak utama.

 Mari nantikan kemunculan Drama Muzikal sulung lakonan artis artis Pilih Kasih di bawah arahan pengarah tersohor Erma Fatima.

dan jangan lupa untuk follow twitter Pilih Kasih

Feedback dari anda!

Ingin menyumbang sebarang idea, pendapat, informasi (seperti gambar, artikel atau apa sahaja) atau soalan?

Kini anda bukan sahaja boleh melakukannya di sini, di facebook dan di Twitter, malah anda boleh menghantar email kepada movies.suhan@gmail.com jika anda mempunyai sebarang infomasi, idea dan soalan mengenai Suhan Movies & Trading.

Libas


Adnan Saladin seorang pakar libasan dalam permainan sepak takraw (libas), sehingga dia digelar sebagai Raja Libas Malaysia. Kehebatan libasan Raja Libas sangat digeruni pasukan lawan terutamanya dari pasukan Siam (Thailand), lebih-lebih lagi Ak Nangkhon, “killer” pasukan mereka. Di perlawanan libas yang lalu, Ak Nangkhon secara kotor telah mencederakan kaki raja libas, menyebabkan kehebatannya merosot. Bukan itu sahaja, kecederaan itu juga telah mengakibatkan tekong malaysia (Dali) parah apabila libas gagal menampan libasan kuat Ak Nangkhon lalu terkena dadanya. Akibatnya Malaysia tumpas kepada Thailand untuk kali kedua berturut-turut. Malah jurulatih dan rakan sepasukan, Megat turut menyalahkan Adnan Saladin kerana kekalahan itu sehingga jurulatih sanggup memutuskan pertunangan Adnan Saladin dengan ratna anaknya.

dipetik dari budiey.com 

saksikan trailer filem Libas:




Kenali Rosyam Nor

Sebut sahaja nama Rosyam Nor, pasti perkara pertama yang terpacul difikiran ialah pelakon hero malaya yang berbakat dan terkenal. Namun, adakah anda betul betul mengenali beliau?


Mari kenali Rosyam Nor dengan lebih mendalam.






Mohd. Noor bin Shamsuddin atau lebih dikenali dengan nama Rosyam Nor dilahirkan di Kampung KerinchiKuala Lumpur pada tahun 1967. Beliau telah mendirikan rumahtangganya dengan Runika dan dikurniakan 5 orang anak. Selain kariernya sebagai seorang pelakon yang terkenal, beliau juga ialah pengacara serta model bagi beberapa produk seperti Julie's dan Nona Roguy. Beliau merupakan anak saudara kepada Seniman Hussein Abu Hassan dan juga sepupu kepada aktor Faizal Hussein.



Filmography
  • Gila Gila Remaja (1986)
  • Sayang (1987)
  • Perawan malam (1988)
  • Tak Kisahlah Beb (1989)
  • Boss (1990)
  • Kanta Serigala (1991)
  • Jimi Asmara (1995)
  • Suami, Isteri dan ... (1996)
  • Maria Mariana 2 (1998)
  • Lenjan (1998)
  • Nafas Cinta (1999)
  • Bara (1999)
  • Gerak Khas The Movie 2 (2001)
  • Spinning Gasing (2001)
  • KL Menjerit (2002)
  • Laila Isabella (2003)
  • Janji Diana (2003)
  • MX3 (2003)
  • Bisikan Remaja (2004)
  • Pontianak Harum Sundal Malam (2004)
  • Berlari Ke Langit (2004)
  • Gangster (2005)
  • Senario XX (2005)
  • KL Menjerit 1 (2005)
  • Pontianak Harum Sundal Malam 2 (2005)
  • Castello (2006)
  • Bilut (2006)
  • Syaitan (2007)
  • Anak Halal (2007)
  • Kala Malam Bulan Mengambang (2008)
  • Apa Kata Hati (2008)
  • Estet (2010)
  • Libas (2011)
Drama
  • Pondok Buruk
  • Tumirah
  • Rumah Di Tepi Sawah
  • Rindu Semakin Jauh
  • Masih Ada Cinta
  • Sekeras Kerikil
  • Sesuci Cinta Sofiya
  • Korban
  • Popular Ke?
  • Trilogi Cinta
Anugerah





News

Pelamin di Pusara Sarat Emosi

dipetik dari berita harian,19July2011

"CINTA terhalang akibat perbezaan darjat kerap diangkat menunjangi sesuatu penerbitan, namun menerusi Pelamin Di Pusara, garapan kisah tragik itu diolah penuh dramatik hasil sentuhan Murali Abdullah.


Telefilem yang bakal mengisi slot khas Tribute To P Ramlee di TV2 bersama sembilan telefilem lain bakal menemui khalayak bermula September ini di bawah terbitan Suhan Movies Production Sdn Bhd.

Sinonim bersama kisah menyentuh perasaan, Pengarah Drama Terbaik Anugerah Skrin 2010 itu mengakui penerbitan yang bagus memerlukan kombinasi mantap bermula daripada skrip, malah dia bertuah berpeluang berganding bahu dengan Mazlan Manan selaku penulis."

baca berita penuh di berita harian 

News

Penglibatan Raja Farah di dalam telefilem 
Tribute to P.Ramlee - Pelamin di Pusara

Dipetik dari Berita Harian,22July2011

"Agak lama menyepi sejak mendirikan rumah tangga lapan bulan lalu, pelakon dan model berusia 23 tahun itu kembali aktif dengan menerima tawaran Suhan Movies Production membintangi telefilem penghargaan untuk Allahyarham Tan Sri P Ramlee, Pelamin Di Pusara."


"Terima kasih kepada Murali dan Suhan Movies yang menaruh kepercayaan terhadap kemampuan saya. Bukan cerewet tetapi sebaik membaca skripnya, saya terus bersetuju untuk digandingkan dengan Shahz Jazsle untuk telefilem ini. 

“Sebaik bergelar isteri, saya mengurangkan aktiviti lakonan. Saya juga agak memilih watak dan masa disebabkan komitmen terhadap rumah tangga. Cuma disebabkan watak Maisarah kuat, begitu juga keseluruhan skrip Pelamin Di Pusara, saya menerima tawaran ini,” 

Trilogi Cinta

Masih mahukan Trilogi Cinta?

Dibawah adalah senarai OST Trilogi Cinta (beserta lirik!)


Senarai Lagu OST Drama TRILOGI CINTA
Siti Nurhaliza & Krisdayanti – Dalam Diam
Siti Nurhaliza & Krisdayanti – Tanpamu
Julfekar – Melakar Rindu
Rahayudeen – Lafazkanlah
Rifhan – Langkahku
Niskala – Terbiasa
Niskala – Wanita
Han – Mungkin ada lagi
Nora – Gelisah





 Siti Nurhaliza & Krisdayanti – Dalam Diamku
Telah ku pilih jalan ini
Meski kini ku sendiri
Renungi erti sepi
Tak lagi ada satu kata
Satu jiwa dalam cinta
Yang ada hanya hampa
Semakin terasa
Semakin berbeda
Sungguh sangat menyeksa
*
Kata hatiku
Kusimpan dalam diam
Tak perlu ucap lagi
**
Kau kan mengerti suatu hari
Mengapa harus terjadi
Semakin terasa
Semakin berbeda
Sungguh sangat menyeksa
Sepiku lara
Hatiku hampa
Kerana cinta
Menyeksa di dada
Chorus
Lelah aku mencari
Ruang cintamu
Untuk cintaku
Bagi cinta ini
Lelah terus berlari
Tanpa bererti
Membelah hati
Terumbang-ambing dalam kebimbangan
Daku terus mencari…
Terumbang-ambing dalam kebimbangan
Yang hilang biarlah menjadi kenangan
Biarkanlah… lepaskanlah…
Telah ku pilih jalan ini
Meski ku sendiri
Renungi erti sepi

OST TRILOGI CINTA – MELAKAR RINDU (JULFEKAR & The Stringers)
Terlalu singkat hubungan ini
Belum pun sempat melakar rindu
Baru semalam mimpi dicipta
Mengapa mendung melanda sukma
Kaulah segalanya maka digubah
Ketika cinta masih di dada
Punahlah jua kini akhirnya
Entah mengapa hati bertanya
Mengapa kasih terlerai kini
Ku tak salahkan dirimu sayang
Lantaran takdir sudah tersurat
Punahlah jua kini akhirnya

Friday 22 July 2011

news

jangan lupa, lawati link link di bawah:




Miang Buluh Keladi Birah

Mahu tahu Miang Buluh Keladi Birah 
mengisarkan tentang apa?

Baca sinopsis di bawah:


Kisah ini bermula apabila Anisah, seorang penulis skrip, yang telah kematian suami tujuh tahun lalu berpindah ke kampung halamannya untuk mencari ketenangan jiwa bersama anaknya, Daniel. Di kampung, Anisah berkenalan dengan seorang duda bernama Jalal dan anaknya, Fara.

Masalah bermula apabila Fara dan Daniel selalu bertelingkah manakala perasaan cinta mula menusuk antara Jalal dan Anisah.Ini menimbulkan perasaan tidak puas hati diantara Fara dan Daniel sehingga mereka menggelar Anisah gatal seperti keladi birah dan Jalal miang seperti rebung buluh.

Adakah Fara dan Daniel akan berbaik dan memberi peluang kepada hubungan Jalal dan Anisah?

Apakah pendapat anda mengenai cerita ini?

news



Nampaknya gandingan antara Fasha Sandha dan Shah Jaszle d dalam drama bersiri CInta Elisa tidak menjadi. Siapakah hero terbaru yang akan digandingkan dengan Fasha Sandha?

Nantikan update terbaru dari kami!

miang buluh keladi birah

Sedikit gambar dari telefilem tribute to P.Ramlee - Miang Buluh Keladi Birah:

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Thursday 21 July 2011

project suhan movies

263903_174635159262220_174282349297501_446178_4376078_n265551_178615522197517_174282349297501_464534_1494091_o268838_177261388999597_174282349297501_457422_7964496_n272344_177261488999587_174282349297501_457426_7412195_o261658_177261052332964_174282349297501_457417_7820194_n270523_177261498999586_174282349297501_457427_6507940_n
270468_177261418999594_174282349297501_457423_5740702_n262188_175525672506502_174282349297501_451221_1908795_n267603_177261478999588_174282349297501_457425_1813248_n278660_1981034212846_1452906023_31953019_3185406_o280305_1981001612031_1452906023_31952942_875111_o270818_177261462332923_174282349297501_457424_7197065_n
271972_177261362332933_174282349297501_457421_6052030_o