BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS
Showing posts with label pilih kasih. Show all posts
Showing posts with label pilih kasih. Show all posts

Thursday, 3 November 2011

AsaM gaRam uJi bAkat PK 3

Hai...

Dah lama rasanya tak updates kat blog nih.Maklumla sibuk skit dengan uji bakat PK 3. Ha, ni pun nak cerita pasal uji bakat PK 3 baru-baru ni. Kami dah ke 2 lokasi, Batu Pahat dan Klang. Minggu depan kami akan ke Kedah pulak.So, orang-orang Kedah, Penang, Perak dan sekitarnya maila beramai-ramai ye.

Sepanjang uji bakat yang dah berlangsung baru-baru ni, banyak aksi-aksi kelakar dan menggelikan hati dapat kita tengok. Aih...Sambutan memang tak payah cakapla.Sangat2 menggalakkan. Meriah sungguh cheq ooiii..!Yang datang tak kira usia. Ada muda, ada yang tua. Tapi, kami respek sangat sebab dieorang ni berani mencuba dan bersemangat memberikan yang termampu. 

Kali ni, peserta uji bakat kena berdialog, monolog dan juga menari. Kami sediakan skrip masa kat tempat uji bakat tu. So, sementara tunggu giliran tu, peserta kene lah hafal dulu skrip-skrip yang kami sediakan. Lepas tu, bila dah sampai gilirannya, ape lagi...???Kasi pecahhh!!hahaha..Berlakonla atas pentas tu. 

Yang lucunya, ada yang bukan main semangat dan yakin lagi masa tunggu giliran tu. Tapi, bile dah sampai masa kat atas tu, mak aihh...tak ingat skrip pulak.Tak ke malu?Ada yang tergagap-gagap dek xingat dialog. Ada yang nak jatuh kerusi la. Lagi kelakar, masa menari. Bagi yang pandai menari tu memang bagus dan tahniah la kan.Tapi, yang buatkan kami dan penonton-penonton tak kering gusi adalah yang tak pandai menari. Kaku habis. Macam kayu. 

Ape2pon, kita layan gambar-gambar ni dulu. Sekitar uji bakat kat Batu Pahat dan Klang. =)











Thursday, 27 October 2011

Musical Clips

 
 Menari boleh..menyanyi boleh..

 

 

Musical clips ni boleh dijadikan sebagai inspirasi kpd bakat-bakat baru kat luar sana. Industri seni kite mmg sangat2 memerlukan pelakon-pelakon baru yang berkebolehan berlakon, menari, menyanyi mcm dalam klip-klip kat atas ni. Barulah ade kelainan kan..kan3... =) Let's watch! 


Tuesday, 11 October 2011

Sekitar PC PK3 & Syarat Kelayakan Menyertai Ujibakat

Hai guys! Pilih Kasih sudah kembali...!!Sekarang dah musim ke-3 tau...Semalam dah selesai majlis Press Conference PK3 yang berlangsung di Holiday Villa Subang. Kat sini nak share la sikit beberapa gambar semasa majlis yang berlangsung semalam. Ramai tau artis-artis PK musim 1 dan 2 yang turut datang, geng2 blogger, wartawan, penaja utama TM dan penerbit bersama RTM.

                     Geng2 blogger yang sporting dan best! =)


     Press Conference PK3 bersama Erra Fazira, Umie Aida, Fauziah Nawi, Erma Fatima, Hamzah Tahir, TM (penaja utama) dan RTM (penerbit bersama).


              Kini tak sendiri lagi...!Dah ade 2 peneman =)

Bagi yang berminat untuk menyertai ujibakat PK3, ni adalah syarat-syaratnya:
1) Berumur 18tahun ke atas
2) Warganeragara Malaysia
3) Berbakat dalam bidang lakonan

Pada sesiapa yang berminat, bolehlah menghadirkan diri pada sesi ujibakat PK3 seperti yang telah dijadualkan di setiap lokasi berhampiran anda. Andakah pelakon yang kami cari???

Friday, 7 October 2011

Tarikh & Lokasi Ujibakat Pilih Kasih 3

Kepada sesiapa yang berbakat dan ingin mencuba, bolehlah rujuk tarikh dan lokasi untuk ujibakat musim terbaru ye..don't miss it!


UJIBAKAT 1
Tarikh: 22 & 23 Oktober 2011
Lokasi: Summit Mall, Batu Pahat Johor


UJIBAKAT 2
Tarikh: 29 & 30 Oktober 2011
Lokasi: AEON Bukit Tinggi, Klang


UJIBAKAT 3
Tarikh: 12 &  13 November 2011
Lokasi: SP Central Square, Sungai Petani, Kedah

UJIBAKAT 4
Tarikh: 19 & 20 November 2011
Lokasi: Terminal 1, Seremban, Negeri Sembilan


UJIBAKAT 5
Tarikh: 26 & 27 November 2011
Lokasi: Central Point Palm Square, Kota Kinabalu, Sabah


UJIBAKAT 6
Tarikh: 3 & 4 Disember 2011
Lokasi: The Spring, Kuching, Sarawak


UJIBAKAT 7
Tarikh: 10 & 11 Disember 2011
Lokasi: KL Sentral, Kuala Lumpur



Datanglah beramai-ramai! =)

Thursday, 6 October 2011

Skrip Ujibakat Pilih Kasih 3 (Hamzah Tahir)


SKRIP AUDITION HAMZAH TAHIR (SKRIP MONOLOG)


Skrip 1:
Berapa kali aku cakap, memang susah buat keputusan, ditelan mati mak, diluah mati bapak.  Aku dalam dilemma sekarang ni, tolonglah aku.. kuatkan keyakinan ini. Aku tak akan berpatah balik. Akan ku genggam bara ini hingga menjadi abu. Biar lautan api mesti aku renang, Tak akan aku berganjak lagi untuk memenuhi impianku. Aku dah bertekad biar putih tulang jangan putih mata.. 


Skrip 2:
Aku tak hairan apa orang lain nak cakap, mereka tak suka cara aku, terserah. Apa yang aku buat ni, adalah untuk masa depan aku, akan aku buktikan yang aku sememangnya patut berada di sini. Jangan kau pandang aku sekecil itu, Sehalus zarah pun aku tidak gentar..selagi aku terdaya aku akan terus melangkah, ini bukan rintihan..ini adalah pengorbanan...

 

Skrip 3:
Aku sebenarnya tak lah jatuh cinta pada dia. Buat masa ini aku nak dia jadi orang yang paling rapat dengan aku. Apa yang aku tertarik pada dia, cara dia bercakap, kata kata yang keluar dari mulut dia, segala gala yang dia lakukan, sangat mengembirakan aku..cinta ke tu? Tidak...itu bukan cinta, cinta perlu ada hati, cinta perlu ada rasa..Lama aku tak jumpa.. Susah betul nak jumpa cinta..perlukah aku percaya pada cinta semula...



Skrip 4:
Aku tak 'blame' siapa siapa pun. Dia datang aku tak jemput, dia berambus pun bukan aku yang halau.. Tapi kalau dia buat rumah ni macam rumah tumpangan, ikut suka dia siapa dia nak bawa masuk, bersepah sana sini...aku dah tak tahan lah..mujur dia faham sendiri, semalam dia dah keluar dari rumah ku tu....lega betul.
Lepas ni kalau ada sapa sapa nak duduk dengan aku, aku kena siasat betul betul...



Skrip 6:

Aku nampak macamana mak dan abah terhumban di tolak oleh perompak tu, masa tu aku kecil lagi, abah sempat suruh aku duduk dalam raga kain baju, abah kata, "duduk sini diam diam, jangan menjerit,  mak dan abah tak apa apa, tunggu sampai abah datang.." selain dari merompak seluruh harta kami, mereka bunuh mak dan abah...Aku rindu pada mak dan abah..aku rindu.. Aku tak sempat nak merasa kasih sayang sepenuhnya dari mereka berdua...



PC Untuk Pilih Kasih 3

Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd. akan mengadakan Press Conference untuk program realiti tv Pilih Kasih 3 yang mencari pelapis-pelapis baru dalam industri seni tanah air kita.

Tarikh: 10 Oktober 2011
Tempat: Ballroom, Holiday Villa Subang
Masa: 3-5ptg

Kami akan memperkenal dua muka baru dalam program Pilih Kasih 3 pada PC nanti. Kalau nak tau, sama-sama kita nantikan. Yang pasti, PK3 kali ini akan lebih banyak drama dan cabaran.

Monday, 25 July 2011

Pilih Kasih







Nantikan drama muzikal Pilih Kasih yang akan memulakan penggambaran 27 July ini. Saksikan bakat, keyakinan dan kelainan yang akan ditampilkan oleh artis artis Pilih Kasih. Nantikan juga konflik yang akan mereka hadapi dan ketahui siapa yang akan memegang watak utama.

 Mari nantikan kemunculan Drama Muzikal sulung lakonan artis artis Pilih Kasih di bawah arahan pengarah tersohor Erma Fatima.

dan jangan lupa untuk follow twitter Pilih Kasih