SKRIP 1
EXT. PERBATASAN SAWAH - SIANG / HUJAN
Termenung.
Berjalan perlahan.
Semakin pantas, perlahan dan tegak memandang ke kaki langit.
menarik nafas pantas seperti sedang dibantai kesusahan yang lebih dahsyat dari suatu kematian.
Mata, dagu, dada, begitu gelisah, resah, dan sedang menahan kepedihan yang sesungguhnya sangat kejam.
derita terbit di setiap nafas. setiap gerak.
ROBANI (21 Tahun) seorang petani muda, yang sentiasa bergelumang dengan kesusahan, kemiskinan.
Tetapi tetap tegap berdikari dan mempunyai cita-cita besar akan di satu hari dia memiliki penghidupan bahagia seperti orang lain, dan harapan itu telah disematnya kuat.
ROBANI
Peduli apa semua kesusahan ini
(marah, gelisah, sedih). Apakah
kerana aku susah, miskin,
setiap hari bergelumang dengan
selut, lintah, ya, semua yang
hodoh dan kotor, dan aku tidak
ada hak untuk hidup dengan
senang. Untuk bahagia, gembira
seperti orang lain (kecewa,
memandang ke langit seperti
bertanya kepada tuhan, sakit
perasaan yang sangat dalam).
Duduk. Sekali lagi memandang ke langit.
Bangun dan berjalan perlahan-lahan. Berhenti, memandang kelilingan.
Mengetap bibir seperti sedang memberitahu kepada seekor pepatung yang terbang, apa yang sedang menyakiti dirinya dari dalam jantung. Berpaling ke kaki langit.
Melepas nafas jauh-jauh.
Kelihatan DUMAIRA (23 Tahun) berlangkah perlahan, menunjukkan keayuan,
menuju ke perbatasan. Ke Robani.
Tersenyum. Kemudian tunduk, mendongak dan memandang ke jauh langit.
Sedikit gelisah. Nafas yang resah.
Angin jauh menampar ke pipi, dan rambut cuba menahan. Nafas pantas.
Menghampiri Robani. Mendekat rapat. Menahan resah yang sedang memukul-mukul setiap urat saraf. Wajah yang ayu bertukar menjadi seorang gadis yangkehilangan harapan.
Kosong.
DUMAIRA
Kita datang ini, untuk
memberitahu, sudah ditakdirkan
(diam sejenak, merenung ke mata
Robani, mengadap ke dada
Robani, memandang ke kakilangit
dengan gelisah dan pasrah). Ya,
bukanlah Dumaira tidak boleh
menerima dirimu. Tidak, itu
bohong, tanyalah semua rumput
di sawah ini, hati dan hidup
ini bersedia untuk mencintaimu.
Tetapi cinta bukanlah semudah
yang kita percaya. Malah diri
ini, yang lebih tua darimu...
ROBANI
(terus menjawab, marah yang
gelisah) Apakah kerana Dumaira
lebih tua, maka kita tidak
boleh bercinta?
DUMAIRA
Ini bukan soal usia. Siti
Khadijah sendiri di usia lebih
tua dari Muhammad, tetapi
soalnya, takdir tidak memilih
kita, sebaliknya takdir telah
menetapkan bahawa dirimu tidak
sepatutnya terkorban hanya kerana keinginan untuk mencintaiku (memejam mata,
menahan pedih yang duka)
ROBANI
Dumaira, (dengan segala perasaan keinginan) jika itulah kehendakmu, Robani tidak akan pergi biar bagaimana hidup ini terjadi, percayalah, biar ia terjadi di hadapanmu, dengan engkau dapat melihat dan merasanya setiap ketika.
(Pejam, dan mengambil titis airmata, di ujung jari) Air mata ini akan menjadi sumpah, dan seluruh sawah ini akan menjadi saksi, hati ini, (menarik nafas dalam) hati semerah padi.
SKRIP 2
INT. BILIK GURU SEKOLAH KEBANGSAAN - SIANG
CIKGU EMAD (25 Tahun) sudah mengajar hampir 2 tahun di Sekolah Kebangsaan Jalan Ipoh .
CIKGU MARHAINI (22 Tahun) baru sahaja mengajar, lebih kurang 10 hari kerana masih sebagai Guru Pelatih.
Cikgu Emad terkenal bukan sahaja kacak, seksi, segak dan pandai dalam
semua perkara, dan sentiasa menjadi pujian pihak sekolah. Masih bujang. Tapi sejak
kedatangan Cikgu Marhaini, suasana sedikit berubah kerana Cikgu Marhaini adalah cikgu paling jelita pernah ada di Malaysia ini, itu kata ramai orang kepada Cikgu Emad.
CIKGU EMAD
Cikgu, apa kata kita pergi
tengok wayang malam ni, filem
Libas, hum Rosyam Nor berlakon.
Cikgu Marhaini sedang membelek-belek katalog TM di atas meja.
CIKGU MARHAINI
Kenapa pula saya yang awak ajak?
Ramai lagi cikgu kat sekolah
ni, dan kita pun baru saja
kenal.
CIKGU EMAD
Awak bukan dari KL, saya rasa di
Terengganu tak ada pawagam.
Jadi saya ajaklah, manalah tau
awak tak pernah pergi pawagam.
CIKGU MARHAINI
Hishh, saya belajar di Maktab
Guru Pengkalan Chepa, tentu la
saya selalu pergi tengok.
CIKGU EMAD
Aik (heran, tersengih, dan
menunjukkan kelakian
hansomnya), bila masa pula Kota
Bharu ada panggung wayang? La
setahu saya, dulu-dulu tahun
60an ada la, ayah saya
kebetulan askar di sana , tu
yang saya tau, tapi dah lama
Panggung LIDO tu tutup.
CIKGU MARHAINI
(Malu), maksud saya, bukan
pawagam, kat Kelantan, di mana
restoran sekali pun ada skrin
besar, tayang filem.
CIKGU EMAD
Hishh awak ni, kat KL ni semua
kedai mamak ada skrin besar,
tapi itu bukan pawagam. Itu
boleh bagi kepuasan, lebih baik
wayang pacak.
CIKGU MARHAINI
Tak apalah, saya tak minat nak
pergi.
CIKGU EMAD
Macam ni je, malam ini jam 9
saya pergi ambil awak, kalau
awak rasa kekok, ajak kawan pun
tak apa, kita ke Midvalley.
CIKGU EMAD MERAPATI CIKGU MARHAINI SEPERTI MULA JATUH CINTA.
CIKGU MARHAINI MENJARAK.
CIKGU MARHAINI
Tak boleh, sebenarnya saya ini
sudahpun tunangan orang.
CIKGU EMAD MEMANDANG KE SILING. CIKGU MARHAINI KELUAR DARI PEJABAT.
CIKGU EMAD MENYANYI LAGU CINTA KRISTAL, RAHIM MAAROF.
0 comments:
Post a Comment