Kak Ton:
Kau ni Mat…asyik menyanyi kerja kau dah selesai?
Mat:
Alah kak Ton…tak kan nyanyi pun tak boleh…lagi pun apa sangatlah kerja kita ni…tukang sapu je…
Kak Ton:
Walau pun kita ni tukang sapu…itu pun kerja juga…amanah orang pada kita siap berbayar lagi….
Mat:
Berapa sangatlah taukeh kita tu bayar kita kak Ton…buat ala kadar janji tak Nampak sampah sudah…rajin pun bukan nya gaji kita boleh naik lagi…orang tak pandang pun…
Kak Ton:
Kau nak dipandang… senang…buat kerja dengan ikhlas…mesti orang nampak…tulah sekolah malas…dah tu nak complain gaji sikit. Nak gaji besar jadilah doctor ke…lawyer ke…jangan jadi tukang sapu….
Mat:
Sudahlah kak Ton…kak ton rajin pun kak ton tetap tukang sapu …
Kak Ton:
Aku sedar diri…aku tak nak bagi keluarga aku makan duit haram….
Mat:
Apa pulak haram…
Kak Ton:
Kau ponteng kerja….tak buat kerja…tapi cukup bulan terima gaji….itu haram namanya….
Mat:
Kak Ton saya sebenarnya teringin sangat nak jadi artis….
Kak Ton:
Setakat teringin tak cukup Mat… kena belajar…nak jadi tukang sapu pun kalau kau tak tau menyapu kau ingat kau boleh dapat kerja jadi tukang sapu…lu pikirlah sendiri bro…
Mat:
Amboi kak ton cakap macam orang ada degree je….
Kak Ton:
Mat…kau ada rupa…bakat aku tak tau…tapi kalau betul kau nak jadi artis…pergi masuk kelas…pergi jumpa sapa tu… Datuk Yusof Haslam…minta kerja dengan dia…itu pun kalau dia terima…tak maunya setakat berangan tapi kau tak usha …
Mat:
Betul juga kata kak Ton… tapi nak ke bang Datuk Yusof Haslam tu terima saya….
Kak Ton:
Kau tanya aku buat apa…tanyalah dia…tapi kau memang yakin ke kau ada bakat…
Mat:
Jangan cabar saya…saya akan jadi artis…tengoklah nanti kak Ton…
Kak Ton:
Kau usaha mesti dapat….sekarang ambik penyapu ni pergi sapu bilik sebelah tu…ini latihan pertama kau nak jadi artis…sapu semua rasa ego kau…baru kau jumpa Datuk Yusof Haslam…
Mat:
Baik puan Direktor….
Skrip 2.
Anak:
Mak ni kenapa? Tak boleh ke mak jadi macam mak orang lain….duduk rumah…ni asyik nak berjalan je kerja mak…mak dah tua…tak payahlah sibuk nak jual kerepek tu lagi…tak cukup ke duit yang anak anak bagi?.
Mak:
Nuar…mak dah terbiasa…mak tau kau orang adik beradik bagi duit…tapi mak nak cari duit sendiri…lagi pun bila mak keluar tu dapat juga mak ambil angin…
Anak:
Mak malukan kami orang mengata mak…kami adik beradik tak jaga mak…biarkan mak menjual kerepek lagi malu kami mak…
Mak:
Kau orang malu orang mengata atau kau orang malu sebab mak kau orang penjual kerepek…duit kerepek mak tulah yang membesarkan kau orang…menyekolahkan kau orang sampai kau orang berjaya…jadi orang hebat
Anak:
Mak sengaja nak memalukan kami…kami jadi anak derhaka bila mak menangis macam ni…tolonglah mak…
Mak:
Mak nak kau dengar Nuar….cakap pada adik adik kau…duit bukan segalanya…ada pernah kau orang tanya tentang mak…mak sunyi dirumah besar kau orang ni…mak tak berkawan…kau suami isteri balik dari kerja tak pernah kau sapa mak kau ni…adik adik kau tak pernah jengok pun mak kau yang tua ni…mak keluar jual kerepek tu bukan pasal duit…tapi dengan berjual tulah mak dapat jumpa kawan kawan mak…ada juga orang yang nak berbual dengan mak…mak tau kalian anggap mak ni beban kan…
Anak:
Mak…maafkan Nuar…maafkan isteri Nuar dan maafkan adik adik Nuar mak…kami tak langsung berniat buat mak rasa begitu…. Kami terlalu sibuk mengejar dunia sampai lupa dunia kami yang lebih besar …mak…maklah dunia kami…maklah segalanya buat kami…kalau tanpa mak doa mak…kami mungkin tak jadi hebat sekarang…
Mak:
Dahlah Nuar mak dah maafkan kamu semua… ingat mak ni dah tua…cepat terasa hati…entah berapa lama mak boleh hidup…mak sentiasa doakan anak anak mak zuriat mak….
Skrip oleh Hjh Fauziah Hj Nawi.
STEFANI EVENTS(SANGGAR TEATER FAUZIAH NAWI)
0 comments:
Post a Comment