BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Monday, 31 October 2011

Skrip Ujibakat Pilih Kasih 3 (Dr. Abu Hassan)


SKRIP 1
EXT. PERBATASAN SAWAH - SIANG / HUJAN

Termenung.
Berjalan perlahan.
Semakin pantas, perlahan dan tegak memandang ke kaki langit.
menarik nafas pantas seperti sedang dibantai kesusahan yang lebih dahsyat dari suatu kematian.
Mata, dagu, dada, begitu gelisah, resah, dan sedang menahan kepedihan yang sesungguhnya sangat kejam.
derita terbit di setiap nafas. setiap gerak.

ROBANI (21 Tahun) seorang petani muda, yang sentiasa bergelumang dengan kesusahan, kemiskinan.

Tetapi tetap tegap berdikari dan mempunyai cita-cita besar akan di satu hari dia memiliki penghidupan bahagia seperti orang lain, dan harapan itu telah disematnya kuat.

ROBANI
Peduli apa semua kesusahan ini
(marah, gelisah, sedih). Apakah
kerana aku susah, miskin,
setiap hari bergelumang dengan
selut, lintah, ya, semua yang
hodoh dan kotor, dan aku tidak
ada hak untuk hidup dengan
senang. Untuk bahagia, gembira
seperti orang lain (kecewa,
memandang ke langit seperti
bertanya kepada tuhan, sakit
perasaan yang sangat dalam).
Duduk. Sekali lagi memandang ke langit.
Bangun dan berjalan perlahan-lahan. Berhenti, memandang kelilingan.
Mengetap bibir seperti sedang memberitahu kepada seekor pepatung yang terbang, apa yang sedang menyakiti dirinya dari dalam jantung. Berpaling ke kaki langit.

Melepas nafas jauh-jauh.
Kelihatan DUMAIRA (23 Tahun) berlangkah perlahan, menunjukkan keayuan,
menuju ke perbatasan. Ke Robani.
Tersenyum. Kemudian tunduk, mendongak dan memandang ke jauh langit.
Sedikit gelisah. Nafas yang resah.
Angin jauh menampar ke pipi, dan rambut cuba menahan. Nafas pantas.
Menghampiri Robani. Mendekat rapat. Menahan resah yang sedang memukul-mukul setiap urat saraf. Wajah yang ayu bertukar menjadi seorang gadis yangkehilangan harapan.
Kosong.

DUMAIRA
Kita datang ini, untuk
memberitahu, sudah ditakdirkan
(diam sejenak, merenung ke mata
Robani, mengadap ke dada
Robani, memandang ke kakilangit
dengan gelisah dan pasrah). Ya,
bukanlah Dumaira tidak boleh
menerima dirimu. Tidak, itu
bohong, tanyalah semua rumput
di sawah ini, hati dan hidup
ini bersedia untuk mencintaimu.
Tetapi cinta bukanlah semudah
yang kita percaya. Malah diri
ini, yang lebih tua darimu...


ROBANI
(terus menjawab, marah yang
gelisah) Apakah kerana Dumaira
lebih tua, maka kita tidak
boleh bercinta?

DUMAIRA
Ini bukan soal usia. Siti
Khadijah sendiri di usia lebih
tua dari Muhammad, tetapi
soalnya, takdir tidak memilih
kita, sebaliknya takdir telah
menetapkan bahawa dirimu tidak
sepatutnya terkorban hanya kerana keinginan untuk mencintaiku (memejam mata,
menahan pedih yang duka)

ROBANI
Dumaira, (dengan segala perasaan keinginan) jika itulah kehendakmu, Robani tidak akan pergi biar bagaimana hidup ini terjadi, percayalah, biar ia terjadi di hadapanmu, dengan engkau dapat melihat dan merasanya setiap ketika.
(Pejam, dan mengambil titis airmata, di ujung jari) Air mata ini akan menjadi sumpah, dan seluruh sawah ini akan menjadi saksi, hati ini, (menarik nafas dalam) hati semerah padi.


SKRIP 2
INT. BILIK GURU SEKOLAH KEBANGSAAN - SIANG

CIKGU EMAD (25 Tahun) sudah mengajar hampir 2 tahun di Sekolah Kebangsaan Jalan Ipoh.
CIKGU MARHAINI (22 Tahun) baru sahaja mengajar, lebih kurang 10 hari kerana masih sebagai Guru Pelatih.
Cikgu Emad terkenal bukan sahaja kacak, seksi, segak dan pandai dalam
semua perkara, dan sentiasa menjadi pujian pihak sekolah. Masih bujang. Tapi sejak
kedatangan Cikgu Marhaini, suasana sedikit berubah kerana Cikgu Marhaini adalah cikgu paling jelita pernah ada di Malaysia ini, itu kata ramai orang kepada Cikgu Emad.

CIKGU EMAD
Cikgu, apa kata kita pergi
tengok wayang malam ni, filem
Libas, hum Rosyam Nor berlakon.
Cikgu Marhaini sedang membelek-belek katalog TM di atas meja.

CIKGU MARHAINI
Kenapa pula saya yang awak ajak?
Ramai lagi cikgu kat sekolah
ni, dan kita pun baru saja
kenal.

CIKGU EMAD
Awak bukan dari KL, saya rasa di
Terengganu tak ada pawagam.
Jadi saya ajaklah, manalah tau
awak tak pernah pergi pawagam.

CIKGU MARHAINI
Hishh, saya belajar di Maktab
Guru Pengkalan Chepa, tentu la
saya selalu pergi tengok.

CIKGU EMAD
Aik (heran, tersengih, dan
menunjukkan kelakian
hansomnya), bila masa pula Kota
Bharu ada panggung wayang? La
setahu saya, dulu-dulu tahun
60an ada la, ayah saya
kebetulan askar di sana, tu
yang saya tau, tapi dah lama
Panggung LIDO tu tutup.

CIKGU MARHAINI
(Malu), maksud saya, bukan
pawagam, kat Kelantan, di mana
restoran sekali pun ada skrin
besar, tayang filem.

CIKGU EMAD
Hishh awak ni, kat KL ni semua
kedai mamak ada skrin besar,
tapi itu bukan pawagam. Itu
boleh bagi kepuasan, lebih baik
wayang pacak.

CIKGU MARHAINI
Tak apalah, saya tak minat nak
pergi.

CIKGU EMAD
Macam ni je, malam ini jam 9
saya pergi ambil awak, kalau
awak rasa kekok, ajak kawan pun
tak apa, kita ke Midvalley.

CIKGU EMAD MERAPATI CIKGU MARHAINI SEPERTI MULA JATUH CINTA.
CIKGU MARHAINI MENJARAK.

CIKGU MARHAINI
Tak boleh, sebenarnya saya ini
sudahpun tunangan orang.

CIKGU EMAD MEMANDANG KE SILING. CIKGU MARHAINI KELUAR DARI PEJABAT.
CIKGU EMAD MENYANYI LAGU CINTA KRISTAL, RAHIM MAAROF.
 

Thursday, 27 October 2011

Musical Clips

 
 Menari boleh..menyanyi boleh..

 

 

Musical clips ni boleh dijadikan sebagai inspirasi kpd bakat-bakat baru kat luar sana. Industri seni kite mmg sangat2 memerlukan pelakon-pelakon baru yang berkebolehan berlakon, menari, menyanyi mcm dalam klip-klip kat atas ni. Barulah ade kelainan kan..kan3... =) Let's watch! 


Friday, 14 October 2011

Prepare.Prepare.Prepare! We're Back =)

Kesibukkan makin terasa. Persiapan luarbiasa. Apakah dia???



Krew2 dan staf2 semuanya skarang tengah sibuk buat preparation untuk ujibakat pertama PK3 yang bakal berlangsung di The Summit Mall Batu Pahat, pada 22 & 23 Oktober 2011. Ujibakat akan bermula pada pukul 10pg sampailah pukul 10mlm.
Ha, ingatan untuk orang2 Batu Pahat, kosongkan dua tarikh tu ye.Kita pakat pegi ujibakat ramai2.Ajaklah sedara mara, adik kakak, mak ayah, kawan2 semua pegi ujibakat. Mana lah tau kaaaann...kot2 bakat yang terpendam and terendam slama ni tu mungkin membuahkan hasil...sapa tau???Andakah pelakon yang kami cari???Ya,mungkin!


Tapiiii....sebelum pergi tu, make sure buatlah skit persediaan ye.Praktis skrip dulu,hayati betul2,jiwai watak tu habis2.Barulah mantap!hehehe...Suruhlah mak ke,ayah ke, adik kakak atau kawan2 jadi pengkritik  sebelum pergi ujibakat yang betul2 nanti. Mintak dieorang bagi kritikan yang membina. Lepas tu, baru lah boleh pergi ujibakat dengan yakin sekali. Tunjukkan kebolehan yang ada dalam diri tu yang selama ni terendam je.Hehehe. 

Apa lagi tunggu?Jomlah kita praktis.Mariiiiii.... =)

Tuesday, 11 October 2011

Sekitar PC PK3 & Syarat Kelayakan Menyertai Ujibakat

Hai guys! Pilih Kasih sudah kembali...!!Sekarang dah musim ke-3 tau...Semalam dah selesai majlis Press Conference PK3 yang berlangsung di Holiday Villa Subang. Kat sini nak share la sikit beberapa gambar semasa majlis yang berlangsung semalam. Ramai tau artis-artis PK musim 1 dan 2 yang turut datang, geng2 blogger, wartawan, penaja utama TM dan penerbit bersama RTM.

                     Geng2 blogger yang sporting dan best! =)


     Press Conference PK3 bersama Erra Fazira, Umie Aida, Fauziah Nawi, Erma Fatima, Hamzah Tahir, TM (penaja utama) dan RTM (penerbit bersama).


              Kini tak sendiri lagi...!Dah ade 2 peneman =)

Bagi yang berminat untuk menyertai ujibakat PK3, ni adalah syarat-syaratnya:
1) Berumur 18tahun ke atas
2) Warganeragara Malaysia
3) Berbakat dalam bidang lakonan

Pada sesiapa yang berminat, bolehlah menghadirkan diri pada sesi ujibakat PK3 seperti yang telah dijadualkan di setiap lokasi berhampiran anda. Andakah pelakon yang kami cari???

Friday, 7 October 2011

Tarikh & Lokasi Ujibakat Pilih Kasih 3

Kepada sesiapa yang berbakat dan ingin mencuba, bolehlah rujuk tarikh dan lokasi untuk ujibakat musim terbaru ye..don't miss it!


UJIBAKAT 1
Tarikh: 22 & 23 Oktober 2011
Lokasi: Summit Mall, Batu Pahat Johor


UJIBAKAT 2
Tarikh: 29 & 30 Oktober 2011
Lokasi: AEON Bukit Tinggi, Klang


UJIBAKAT 3
Tarikh: 12 &  13 November 2011
Lokasi: SP Central Square, Sungai Petani, Kedah

UJIBAKAT 4
Tarikh: 19 & 20 November 2011
Lokasi: Terminal 1, Seremban, Negeri Sembilan


UJIBAKAT 5
Tarikh: 26 & 27 November 2011
Lokasi: Central Point Palm Square, Kota Kinabalu, Sabah


UJIBAKAT 6
Tarikh: 3 & 4 Disember 2011
Lokasi: The Spring, Kuching, Sarawak


UJIBAKAT 7
Tarikh: 10 & 11 Disember 2011
Lokasi: KL Sentral, Kuala Lumpur



Datanglah beramai-ramai! =)

Skrip Ujibakat Pilih Kasih 3 (Fauziah Nawi)


Skrip 1.



Kak Ton:
Kau ni Mat…asyik menyanyi  kerja kau dah selesai?



Mat:
Alah kak Ton…tak kan nyanyi pun tak boleh…lagi pun apa sangatlah kerja kita ni…tukang sapu je…





Kak Ton:
Walau pun kita ni tukang sapu…itu pun kerja juga…amanah orang pada kita siap berbayar lagi….



Mat:
Berapa sangatlah taukeh kita tu bayar kita kak Ton…buat ala kadar janji tak Nampak sampah sudah…rajin pun bukan nya gaji kita boleh naik lagi…orang tak pandang pun…



Kak Ton:
Kau nak dipandang… senang…buat kerja dengan ikhlas…mesti orang nampak…tulah sekolah malas…dah tu nak complain gaji sikit.  Nak gaji besar jadilah doctor ke…lawyer ke…jangan jadi tukang sapu….



Mat:
Sudahlah kak Ton…kak ton rajin pun kak ton tetap tukang sapu …



Kak Ton:
Aku sedar diri…aku tak nak bagi keluarga aku makan duit haram….



Mat:
Apa pulak haram…



Kak Ton:
Kau ponteng kerja….tak buat kerja…tapi cukup bulan terima gaji….itu haram namanya….



Mat:
Kak Ton saya sebenarnya teringin sangat nak jadi artis….



Kak Ton:
Setakat teringin tak cukup Mat… kena belajar…nak jadi tukang sapu pun kalau kau tak tau menyapu kau ingat kau boleh dapat kerja jadi tukang sapu…lu pikirlah sendiri bro…



Mat:
Amboi kak ton cakap macam orang ada degree je….


Kak Ton:
Mat…kau ada rupa…bakat aku tak tau…tapi kalau betul kau nak jadi artis…pergi masuk kelas…pergi jumpa sapa tu… Datuk Yusof Haslam…minta kerja dengan dia…itu pun kalau dia terima…tak maunya setakat berangan tapi kau tak usha …



Mat:
Betul juga kata kak Ton… tapi nak ke bang Datuk Yusof Haslam   tu terima saya….



Kak Ton:
Kau tanya aku buat apa…tanyalah dia…tapi kau memang yakin ke kau ada bakat…



Mat:
Jangan cabar saya…saya akan jadi artis…tengoklah nanti kak Ton…



Kak Ton:
Kau usaha mesti dapat….sekarang ambik penyapu ni pergi sapu bilik sebelah tu…ini latihan pertama kau nak jadi artis…sapu semua rasa ego kau…baru kau jumpa Datuk Yusof Haslam…



Mat:
Baik puan Direktor….




Skrip 2.



Anak:
Mak ni kenapa? Tak boleh ke mak jadi macam mak orang lain….duduk rumah…ni asyik nak berjalan je kerja mak…mak dah tua…tak payahlah sibuk nak jual kerepek tu lagi…tak cukup ke duit yang anak anak bagi?.



Mak:
 Nuar…mak dah terbiasa…mak tau kau orang adik beradik bagi duit…tapi mak nak cari duit sendiri…lagi pun bila mak keluar tu dapat juga mak ambil angin…



Anak:
Mak malukan kami orang mengata mak…kami adik beradik tak jaga mak…biarkan mak menjual kerepek lagi malu kami mak…



Mak:
Kau orang malu orang mengata atau kau orang malu sebab mak kau orang penjual kerepek…duit kerepek mak tulah yang membesarkan kau orang…menyekolahkan kau orang sampai kau orang berjaya…jadi orang hebat



Anak:
Mak sengaja nak memalukan kami…kami jadi anak derhaka bila mak menangis macam ni…tolonglah mak…


Mak:
Mak nak kau dengar Nuar….cakap pada adik adik kau…duit bukan segalanya…ada pernah kau orang tanya tentang mak…mak sunyi dirumah besar kau orang ni…mak tak berkawan…kau suami isteri balik dari kerja tak pernah kau sapa mak kau ni…adik adik kau tak pernah jengok pun mak kau yang tua ni…mak keluar jual kerepek tu bukan pasal duit…tapi dengan berjual tulah mak dapat jumpa kawan kawan mak…ada juga orang yang nak berbual dengan mak…mak tau kalian anggap mak ni beban kan…



Anak:
Mak…maafkan Nuar…maafkan isteri Nuar dan maafkan adik adik Nuar mak…kami tak langsung berniat buat mak rasa begitu…. Kami terlalu sibuk mengejar dunia sampai lupa dunia kami yang lebih besar …mak…maklah dunia kami…maklah segalanya buat kami…kalau tanpa mak doa mak…kami mungkin tak jadi hebat sekarang…



Mak:
Dahlah Nuar mak dah maafkan kamu semua… ingat mak ni dah tua…cepat terasa hati…entah berapa lama mak boleh hidup…mak sentiasa doakan anak anak mak zuriat mak….






Skrip oleh Hjh Fauziah Hj Nawi.
STEFANI EVENTS(SANGGAR TEATER FAUZIAH NAWI)

Thursday, 6 October 2011

Skrip Ujibakat Pilih Kasih 3 (Hamzah Tahir)


SKRIP AUDITION HAMZAH TAHIR (SKRIP MONOLOG)


Skrip 1:
Berapa kali aku cakap, memang susah buat keputusan, ditelan mati mak, diluah mati bapak.  Aku dalam dilemma sekarang ni, tolonglah aku.. kuatkan keyakinan ini. Aku tak akan berpatah balik. Akan ku genggam bara ini hingga menjadi abu. Biar lautan api mesti aku renang, Tak akan aku berganjak lagi untuk memenuhi impianku. Aku dah bertekad biar putih tulang jangan putih mata.. 


Skrip 2:
Aku tak hairan apa orang lain nak cakap, mereka tak suka cara aku, terserah. Apa yang aku buat ni, adalah untuk masa depan aku, akan aku buktikan yang aku sememangnya patut berada di sini. Jangan kau pandang aku sekecil itu, Sehalus zarah pun aku tidak gentar..selagi aku terdaya aku akan terus melangkah, ini bukan rintihan..ini adalah pengorbanan...

 

Skrip 3:
Aku sebenarnya tak lah jatuh cinta pada dia. Buat masa ini aku nak dia jadi orang yang paling rapat dengan aku. Apa yang aku tertarik pada dia, cara dia bercakap, kata kata yang keluar dari mulut dia, segala gala yang dia lakukan, sangat mengembirakan aku..cinta ke tu? Tidak...itu bukan cinta, cinta perlu ada hati, cinta perlu ada rasa..Lama aku tak jumpa.. Susah betul nak jumpa cinta..perlukah aku percaya pada cinta semula...



Skrip 4:
Aku tak 'blame' siapa siapa pun. Dia datang aku tak jemput, dia berambus pun bukan aku yang halau.. Tapi kalau dia buat rumah ni macam rumah tumpangan, ikut suka dia siapa dia nak bawa masuk, bersepah sana sini...aku dah tak tahan lah..mujur dia faham sendiri, semalam dia dah keluar dari rumah ku tu....lega betul.
Lepas ni kalau ada sapa sapa nak duduk dengan aku, aku kena siasat betul betul...



Skrip 6:

Aku nampak macamana mak dan abah terhumban di tolak oleh perompak tu, masa tu aku kecil lagi, abah sempat suruh aku duduk dalam raga kain baju, abah kata, "duduk sini diam diam, jangan menjerit,  mak dan abah tak apa apa, tunggu sampai abah datang.." selain dari merompak seluruh harta kami, mereka bunuh mak dan abah...Aku rindu pada mak dan abah..aku rindu.. Aku tak sempat nak merasa kasih sayang sepenuhnya dari mereka berdua...



PC Untuk Pilih Kasih 3

Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd. akan mengadakan Press Conference untuk program realiti tv Pilih Kasih 3 yang mencari pelapis-pelapis baru dalam industri seni tanah air kita.

Tarikh: 10 Oktober 2011
Tempat: Ballroom, Holiday Villa Subang
Masa: 3-5ptg

Kami akan memperkenal dua muka baru dalam program Pilih Kasih 3 pada PC nanti. Kalau nak tau, sama-sama kita nantikan. Yang pasti, PK3 kali ini akan lebih banyak drama dan cabaran.

Wednesday, 5 October 2011

Sokonglah Drama Melayu Tempatan

Walaupun banyak drama dan juga filem dari luar negara yang membanjiri negara kita hari ini, namun sokongan dari para penonton tempatan terhadap drama dan juga filem buatan Malaysia amatlah diperlukan. Industri seni tanah air kita kini lebih maju jika dibanding dengan masa dahulu. Pelbagai pembaharuan telah dilakukan bagi menaikkan lagi taraf dan mutu hasil kerja seni terutamanya bidang seni lakonan. Oleh itu, para penonton seharusnya lebih matang dalam menilai dan memberi kritikan terhadap hasil kerja seni tempatan. Kalau kita yang tak sokong hasil karya seni tempatan,siapa lagi...?

p/s: Jangan lupa saksikan drama dari Suhan Movies, Cinta Elysa (Tv3,setiap Selasa jam 9mlm) dan Antara Maghrib dan Isya' (Tv3, setiap Selasa & Rabu jam 11pagi)